• ί є ѕ ѕ ι κ α ι •

ABOUT ENTRY LINKS +FOLLOW DASHBOARD

Owner


}
sica. 17.

Tagboard


Followers


Credits

© original template by arrien and help by atiqah.
I'm Back + Flashback (1-2 March)


hi nigga. wow lama sia aku tak hapdet blog ni kan. bersawang dah ni haaaa /tipu/ lol. okay straight to the point aku sebenarnya tak tahu nak buat apa. act ritu aku nak hapdet blog ni tapi tetiba pula terlupa password. password aku semua ada dalam phone but phone aku hilang /cedih/. mesti banyak cerita yang korang taktau kan /nak tahu ke?/ tak perlu kot sebab aku rasa korang macam tak berminat je nak tau. okay alang-alang aku nak menghapdet blog ni aku rasa better aku bagitau pasal mssd lepas. wuu syok ohh we get a lot memories tambahan lagi untuk tahun akhir ni.

firstly sebelum kitorang start mssd, 2 hari sebelum tu kitorang ada game dekat ipoh for talentspot dan time test. seriously syok sebab kitorang tidur dekat hotel /hotel murah je pun/. kitorang bertolak petang jumaat tu. first aku ingat izzul tak pergi but rupa-rupanya dia pergi. hampeh betul. act time tu aku tengah gaduh dengan dia sebab tu aku tak suka dia pergi /ceh apa hak aku nak halang dia?/ kitorang pergi naik bus. yang tak tahan tu driver bus tu indian and bus tu pula mengalami sedikit kerosakan dalaman like air-cond and loudspeaker dia. sampah ah aku bosan bhai duduk dalam bus tu macam orang bangang sebab taktau nak buat apa. uncle driver bus tu pula bawa kawan dia sorang and dia tu pula jenis pelik and agak menakutkan sebab kitorang semua tak berapa faham apa yang dia cakap and dia pula suka cakap merapu meraban apa ntah. then one more prob is uncle dua orang ni taktahu jalan nak pergi stadium -_- bertambah bengang ah kitorang dah lah air-cond slow (panas) lepas tu dia tambah lagi kepanasan. aku rasa macam nak bantai ja uncle dua orang tu buat sakit hati ja. lepas ni sumpah aku dah taknak naik bus dia exc kalau betul-betul terpaksa. disebabkan taktau jalan kitorang cuba bantu dia sebab kitorang dah biasa pergi plus izzul pernah pergi hotel yang kitorang bakal menginap tu. tapi uncle-uncle ni taknak dengar cakap kitorang dan diorang guna gps. dipendekkan cerita akhirnya kita sampai juga dekat hotel fair park. bila sampai je kitorang kena tunggu kehadiran cikgu hafiz sebab kitorang tak boleh check in sendiri. yang peliknya aku taktau kenapa reciptionist(s) tu ushar kitorang pelik err pelik sangat ke cara pemakaian kitorang or terover. ntah ah whatever aku tak kesah yang penting time tu aku nak masuk bilik cepat-cepat, mandi then tidur. malam tu lepas dinner, kitorang ada sesi taklimat bersama mr shankar bekas atlet sofbol negara. best sia taklimat tu and aku tak rasa mengantuk langsung.

esok tu kitorang bangun dalam pukul 8 then after breakfast kitorang pergi stadium for sesi taklimat with mr loo kam zee and mrs josephine mary. diorang ni merupakan bekas atlet olahraga malaysia. mr loo kam zee dalam acara high jump /handsome sia dia ni/ umur dia pun dalam lingkungan 30-an dia bersara dari olahraga awal. then mrs josephine mary ni dalam acara 400m. kitorang kenal anak-anak dia, jocelyn and shereen samson. diorang pun atlet juga. diorang berikan sedikit taklimat mengenai tips-tips menjadi seorang atlet yang berjaya. next kitorang ada ujian... apa ntah ni lagi satu aku tak ingat. tapi dia lebih kurang macam segak juga ah yang kita buat dekat sekolah time pjk tu. petang tu baru game kitorang start. aku main long jump. aku dah buat pb (personal best) baru awooo happy gila. aku dapat number 3 dengan jarak lompatan 4.55m :D aku tewas dengan budak sukma si kirthana. dia tu sama umur dengan aku je but badan dia apak gergasi kalah izzul. dia buat lompatan 5.6m+ gila aku tak pernah buat 5m lagi hope lain kali aku boleh buat ameen~ aku kalah dengan budak number 2 tu 0.02m je. dia buat 4.57m ngek tu pun lompatan terakhir dia tau. haa ni lupa pula nak bagitau ada seorang cikgu dari gunung rapat (sekolah sukan) ni tanya cikgu hafiz,

"budak tu form 1 ke form 2?"
cikgu hafiz gelak then dia cakap,

"dah form 5 dah abang oi, dah tua."

'budak' yang diorang maksudkan tu aku lah. time aku tengah buat long jump. apa lagi aku rasa bara je sebab selalu sangat orang cakap aku ni dalam lingkungan form 1-form 3 tapi takpa aku rasa myb sebab muka aku macam budak-budak kot haha /haktuih perah santan/ malam tu kitorang ada taklimat sekali lagi bersama mr /aku tak ingat AGAIN!/ dia ni pula bagi sedikit taklimat pasal kesihatan dan kecederaan yang sering diterima para atlet.

esok pagi tu ada game lagi. disebabkan event aku petang tu aku mengambil keputusan untuk just golek-golek atas katil haha. ehh sebelum terlupa ni anis dengan irah tak join kitorang sebab diorang pergi under msspk dan sukma. kitorang hanya pergi under msn. tapi team sukma tidur di hotel yang sama dengan kitorang cuma di tingkat dan bilik yang berasingan. anis pula tidur jauh dia tidur dekat unit sukan tapi malam sabtu tu dia datang tidur dengan kitorang. aku tunggu dia sampai pukul 12malam sebab yang lain dah tidur haha tengok betapa sayangnya aku dekat dia /cehh/. petang tu kitorang dah kena check out pukul 1. event aku petang tu ialah high jump. event yang paling aku menyampah dan aku tak suka. I SWEAR THIS IS THE WORST AND THE HARDEST EVENT EVER! aku lepas lompatan sampai 1.13m je /sad life/. budak sekolah rendah pun boleh buat 1.20m+ ish ish shameless. lupa pula nak bagi tau yang aku jumpa asfani si pengkhianat lms juga kat sana. haha dia pergi under msskerian. cam hampeh je kalau aku jumpa dia tak sah kalau dia tak bahan aku bengong. time long jump pun aku dah jumpa dia then bila dia nampak aku dia cakap macam ni

"woi, hang main apa?"

"lompat jauh lah, awat?"

"(gelak) hang gemuk boleh ke lompat."

"-_-"

"haha aku gurau jaa."

then aku dah tak jumpa dia kecuali time balik tu.

"hang buat berapa tadi?"

"4.57m je."

"(gelak)"

"perli aku ah tu."

"mana ada. jauh apa hang lompat." 

then aku gelak dan terus blah dari situ. aku jumpa dia lagi petang tu and dia gelakkan aku lagi sebab aku main high jump dia cakap kenapa aku main event yang tak kena dengan aku. nampak tak keceluparan mulut dia tu haha. okaylah dah banyak aku cakap pasal talentspot and time test ni. aku rasa better aku stop. pasal mssd next time aku story lagi haha asalnya nak story pasal mssd tetiba terlajak sampai ke talentspot pula haha sorry guys. okay lah byeee assalamualaikum :)


[13 MARCH 2014] A VERY HAPPY BIRTHDAY FOR THIS CUTE NAMJA FROM INFINITE KIM MYUNGSOO. STAY YOUR STRONG AND HANDSOME SIDE BABY. WE INSPIRITS WE WILL FOREVER LOVES AND SUPPORTS YOU. SARANGHAEYO /THROW HEARTS/

thanks for reading :)


0 panda (s) | Post By jessikai At Thursday, March 13, 2014


Newer Post
Older Post