• ί є ѕ ѕ ι κ α ι •

ABOUT ENTRY LINKS +FOLLOW DASHBOARD

Owner


}
sica. 17.

Tagboard


Followers


Credits

© original template by arrien and help by atiqah.
Sedaka T.C.



konichiwa.

nak story pasal athletic pula lah. aku start join team athletic sekolah aku nie masa form 1 lagi. nie semua sebab cikgu abas. dia yang ajar aku main javelin then, dia bawa aku masuk team nie. thank you, papa :* ( nama gelaran ) tapi sebenarnya aku dari sekolah rendah lagi dah main athletic. cadangnya masa naik sekolah menengah aku nak active main volleyball jaa. malas nak lari last-last sangkut juga haha

masa tu memang bengong lagi taktau apa-apa sangat pasal athletic sebab dulu aku main hurdle jaa. tapi bila naik form 1 tiba-tiba aku tukar event. jadi thrower. haha, maybe sebab tu aku rendah sekarang -__-
time tu, aku main satu event jaaa. bila naik form 2 aku main javelin dengan long jump then form 3 pula aku tambah satu event lagi bagi cukup tiga, aku main 100 hurdles. finally dapat juga main hurdle sebab aku memang minat main hurdle dari kecik.

disebabkan aku main event campur-campur sekejap throw, jump dan sprint last-last naik form 4 aku main lah penthathlon. penthathlon nie adalah event untuk perempuan terbuka ( tidak mengikut kategori )
ada lima acara wajib yang merangkumi sprint, throw, jump dan middle distance.

1- 100m hurdles ( 100m lari berpagar )
2- high jump ( lompat tinggi )
3- shot put ( lontar peluru )
4- long jump ( lompat jauh )
5- 800m

4 event pertama tu aku boleh bawa lahh, event yang last sekali tu macam asdfghjkl -,- nie memang first time aku lari middle distance. memang mula-mula aku tak boleh bayang langsung macam mana aku lari 800m nie. ehh, lupa pula. medal for penthathlon nie ada satu je tu pun lepas habis kelima-lima event nie. maknanya, setiap event dikira mengikut point. adalah cara-cara pengiraan pointnya tu dan ianya dikira mengikut masa larian, jarak balingan atau lompatan. sape yang dengar memang mula-mula rasa susah tapi act event nie lagi senang. *for my opinion

humm, habis pasal event now nak story pasal budak-budak athletic nie. kitorang nie semuanya dah macam ONE BIG FAMILY. yes, for real! semua dah macam satu keluarga. nama team nie SEDAKA T.C. sedaka tu act nama sekolah kitorang ( Sekolah Menengah Dato' Kamaruddin ). t.c pula aku lupa apa maksud dia, haha.

cikgu-cikgu yang terlibat dalam team kami nie tak ramai pun sebenarnya ada 5, 6 orang macam tu je. kami semua dah anggap dia macam parents kami sendiri dan jasa-jasa mereka takkan kami lupakan.

introducing our manager, nama dia pn vimala a/p kanna. dia sangattt baik dan penyayang. walaupun dia berlainan agama dengan kami tetapi dia sangat mengambil berat tentang kami. thank you, teacher :')

seterusnya cikgu din atau nama penuh dia shaharuddin bin mat zin. dia pun baik and sometimes funny but sometimes serious. dia seorang cikgu yang cool dan pandai lukis. thank you, cikgu din :')

ada beberapa orang cikgu lain juga iaitu cikgu azimah, cikgu aida dan cikgu zuha. tapi diorang hanya bantu dalam bahagian pengawasan dan kenderaan je.

ehh? tu jee? humm, macam ada yang lupa je? hah?! cikgu hafiz a.k.a our big cutie teddy bear or our beloved daddy, hehe *jk jk

coach kami nie namanya hafiz bin hashim. dia seorang yang sangattt baik dan amat mengambil berat pasal kami. dialah yang selalu melatih kami hampir setiap hari. dia juga jenis yang tak kedekut dan amat memahami kami. kami dah anggap dia seperti 'ayah' kami sendiri. kami semua takkan pernah lupakan jasa dia :')

dear cikgu hafiz, thank you so much for your teachings. we really appreciate it. without you we are nothing. without you our life is useless. without you we don't know what is friendship, what is sacrifices and what is love. thank you so much cikgu. we really glad to have you as our coach / teacher. thank you so much :') we all love youuu~ 


heee, okay that's all. bye, yeom ^^

thanks for reading :)



0 Comments:



Newer Post
Older Post