• ί є ѕ ѕ ι κ α ι •

ABOUT ENTRY LINKS +FOLLOW DASHBOARD

Owner


}
sica. 17.

Tagboard


Followers


Credits

© original template by arrien and help by atiqah.
3dk5 :')


woowooot~ dah lama tak post. ehh, lama ke? lol -__- post entry aku kali nie ialah pasal kelas yang palingggg aku sayang and banyak kenangan aku dalam kelas nie with le' classmates.

first time masuk sekolah pada tahun 2012, aku tak sangka pula yang masih boleh stay dalam kelas nie and semua budak kelas 2dk5 tahun lelepas nun pun still stay dalam kelas nie. cuma ada 3 orang tambahan dari budak kelas 2dk6, 2dk7 and 2dk8. masa tu aku duduk dengan faten wanie, isya dengan faten fadzeil and anis dengan atikah and macam biasa kitorang duduk bawah kipas kelas. lepas tu guru kelas pun masuk and dia ajar matapelajaran science. she's our beloved mum, puan masziana.

aku ingat lagi masa tengah buat gotong royong kelas, cikgu banyak habiskan duit for perbelanjaan kelas. ehh, lupa pula time nie aku jadi penolong ketua kelas and aku hargainya sangat even aku tak banyak buat kerja :)

everytime masa rehat, kitorang mesti rehat sesama and selalu makan kuetiau sup makcik kantin. sedap woo~ haha. disebabkan aku fangirl of infinite, aku suka nombor 7 and aku pernah buat fanfic pasal bestie aku and aku namakan diorang mengikut nama member infinite lol. aku sebagai woohyun ( my lil baby ), anis sebagai myungsoo, faten fadzeil sebagai hoya, isya sebagai sunggyu, faten wanie sebagai sungjong and atikah sebagai dongwoo. sungyeol takde sebab bestie aku ada 6 orang je sehinggalah kedatangan farzana pada pertengahan tahun. tu nanti aku cerita dengan lebih lanjut. aku tak pernah bagi sape-sape pun baca fanfic aku tu sebab aku buat sekerat jalan je haha. act, kitorang semua tak berapa rapat dengan atikah cuma anis je yang rapat dengan dia sebab anis kawan dengan dia agak lama.

rindu nak dengar cikgu mas marah time dalam lab. kitorang selalu duduk belakang and aku susah nak faham apa yang dia ajar. tingkap lab always terbuka then bila abe-abe form 4 and form 5 lalu time rehat mulalah mata tu asyik pandang diorang je tambah lagi yang handsome-handsome. buat cuci mata, haha.

aku ingat setiap waktu bi je mesti kelas riuh sebab teacher ruf yang sporting gila. paling riuh sekali bakhtiar dengan mail sebab dua-dua berkenan dekat anak dia yang cun melecun tu and selalu lah juga diorang kena pulas perut dengan dia. lepas tu aku ingat lagi waktu sejarah aku mesti mengantuk bila cikgu wana ajar. bukan aku sorang je, faten, anis and ada juga beberapa orang yang lain rasa ngantuk bila dia ajar. ada sekali tu aku sampai terlelap then cikgu wana marah aku dan suruh aku cuci muka. moment yang paling tak boleh lupa adalah masa ppt siapa yang fail kena denda jalan itik and tak lain tak bukan mesti muka aku yang fail then kena jalan itik keliling blok form 3. malu gila time tu and memang aku bengang juga dengan dia tapi dia buat semua tu bersebab kan? dengan cikgu bm pun best but kadang-kadang cikgu moody sikit. kitorang faham sebab cikgu sakit :( get well soon cikgu maria. cikgu maria baik sangat dengan kitorang semua. masa trial pmr, aku ingat lagi yang dalam kelas tu bakhtiar sorang je yang fail subjek bm then cikgu maria basuh dia sampai dia nangis :'( cikgu buat semua tu pun bersebab. ustazah azizah bestttt gila-gila bila belajar dengan dia. aku mesti faham apa yang dia ajar sebab mulut dia yang cotcetcotcet tu and dia suka bahan azril disebabkan badan dia yang comel mel mel tu. tapi kadang-kadang ustazah nie annoying juga sebab dia suka tuju aku, anis dengan huzaifah sebab kitorang paling active dalam sukan and pesan kat kitorang supaya sentiasa jaga aurat. kitorang faham semua tu and semua tu juga untuk kebaikan kitorang. ustazah pernah merajuk sekali tu sebab kitorang masuk surau lewat but masa nak dekat pmr tu dia dah maafkan kitorang semua. cikgu zuri, k she is my favourite teacher. dia ajar maths and faten wanie cakap dia mak aku sebab apa-apa hal mesti dia akan suruh aku buat. cikgu patimah pula setiap kali kelas dia dalam bengkel and bila dia moody mesti satu kelas kena and yang selalu kenanya pula ialah isya and faten fadzeil yang suka sangat bersembang time dia mengajar.cikgu pj kitorang pula, cikgu masli okay dia memang best and sporting. aku ingat lagi kitorang pernah share dengan dia pasal cikgu maths yang membosankan but for me cikgu maths ajar okay je. idk lah that's their opinion. teacher ng pula ajar kitorang geografi and sebab dia juga aku boleh skor a for geo. dialah satu-satunya cikgu cina dalam sekolah nie and dia sometimes belajar juga pasal agama islam. pernah banyak kali juga dalam kelas kitorang dengar dia cakap 'alhamdulillah', 'inshaallah', 'allah' and some more. pernah sekali tu time ustazah azizah tak datang and dia relief class tapi ustazah ada tinggal nota and aku suruh faten wanie tulis dekat papan putih and kebetulan pula tajuk hari tu pasal hari akhirat kalau tak silap. teacher baca pasal semua tu and mana tahu one day terbuka hati dia untuk memeluk islam :')

okay, now let's start with bakhtiar and azril. diorang nie cousin and memang sangat rapat. azril masuk kelas start bulan 3 and dia banyak tertinggal dalam pelajaran sebab dia accident masa bulan disember sebelum tu. kaki dia patah and terpaksa direhatkan for 3 months. eventho, dia still berjaya and dapat 6a dalam pmr. bakhtiar pula budak paling riuh dalam kelas. every morning dia masuk kelas mesti dia akan menyanyi and aku selalu perli cara dia jalan macam mak nyah gitu haha. bakhtiar tergila-gilakan anak teacher ruf, si qistina and bila waktu bi je mesti dia panggil teacher mummy. mail pun macam tu juga. diorang berdua nie berebut nak jadi menantu teacher. benda yang aku and bestie tak suka ialah sebab diorang suka bahan kitorang. yang selalu kenanya aku and faten fadzeil sebab kitorang rendah -.- isya paling selalu kena bahan dengan diorang sebab masing-masing crush on isya and diorang sengaja nak tarik perhatian isya. diorang berdua nie budak paling handsome dalam kelas tu but sayangnya perangai macam cipan haha. tapi, kalau diorang tak datang mesti senyap and bosan je dalam kelas. masih ingat lagi langsir yang cikgu mas belikan for kelas, mail selalu lap tangan dia yang kotor dekat langsir tu. nasib baik lah langsir tu warna gelap. yoe pun kadang-kadang buat macam tu. yoe jenis pendiam sikit but sometimes aku rasa kesian dengan dia sebab family dia susah. kasut pun pakai yang koyak je and kadang-kadang dia selalu juga minta gula-gula and 20 sen dekat aku and aku bagi je sebab bukannya banyak dia mintak. huzaifah nie kaki ponteng kelas. kadang-kadang tu sampai seminggu dua dia tak datang. taulah sibuk dengan bola tapi aizat pun budak bola tapi dia boleh datang pula. dia nie ex faten wanie and budak paling tinggi dalam kelas. i'm so envy with him -,- aizat nie captain bola sepak sekolah and dia pun handsome juga. dia nie diam je dalam kelas but bila dia buka mulut memang sesiapa saja kena bahan. syamil nie boleh dikatakan kawan baik aku juga ah dalam kelas. tapi dia nie suka loyar buruk -,- dia sekarang dah pindah kv dekat slim river :( dia nie peminat lagu-lagu english macam isya and faten fadzeil. luqman dalam kelas nampak diam je tapi sekali dia buka mulut memang semua kena bahan. macam aizat juga lah tapi dia nie lebih banyak bahan orang dari aizat. pernah sekali tu dia bahan cikgu masli tapi at last, dia sendiri yang kena balik. udie dengan din nie kawan baik. memang baikkk sangat sampai tahun nie pun diorang pindah sama-sama pergi kv taiping. din nie ex faten fadzeil and dia pun not bad cuma dia pakai spec. udie pun boleh tahan lah tapi dia jongang sikit. act, udie pun crush on isya and dia dah luahkan perasaan dia dekat isya masa last hari persekolahan tapi dekat fb je lah. isya tak jawab apa sebab dia nie memang susah sikit nak lovey dovey nie. qhaiyum nie kecikkk je tapi dia pandai. dia kena penyakit tb and selalu juga tak datang sekolah time tu. kesian dia :( sekolah pun panggil doc untuk buat medical check up for budak-budak kelas 3dk5 sebab dikhuatiri berjangkit. ada lah dengar bahasa kurang enak dari budak kelas lain "woo, budak-budak tb!" dengan nada perlian and aku rasa time tu macam nak pelangkung je kepala diorang -_- firdaus pula macam qhaiyum senyap ja. tapi gaya dia macam auw, lmbut sikit. dia nie selalu kena bahan dengan huzaifah. syimir budak genius kelas. hm, untunglahh tapi aku and isya tak berapa suka perangai dia yang sometimes annoying tu. but, kadang-kadang tu we can see his brave side. wan zahid si budak baik. aku ingat lagi masa form 1 aku sekelas dengan dia and aku ingat dia budak jahat sebab wajah dia yang garang tu haha. pernah sekali je aku cakap ftf dengan dia but suara dia sayup-sayup kedengaran je. ketua kelas kitorang si anas nie memang ada ciri-ciri kepimpinan and dia lah satu-satunya fanboy dalam kelas nie. dia selalu juga tanya aku ada lagu baru tak and ofcourse lah ada. dia nie fanboy of beast and selalu juga lah aku sembang pasal beast dengan dia. rahman pun budak baik macam wan zahid. tapi dia paling senyap dalam kelas. asyraf si pencinta novel. dia nie mysterious kot sebab kadang-kadang happy, kadang-kadang muram. tapi dia lagi better dari rahman sebab kadang-kadang tu dengar juga suara dia dalam kelas.

now, giliran budak perempuan pula. hm, let's start with syarmieza. k, dia nie suka sangat gelak and dia gelak kuat gila. dia dengan cik som kawan baik and dua-dua sama ja kuat gelak. tapi diorang nie romantic sebab masing-masing suka baca novel and selalu exchange novel. mieza nie kira macam musuh aku bila waktu bi sebab kitorang selalu fight and berebut untuk dapat a dalam bi. cik som si genius maths. aku taktau macam mana dia boleh jadi pandai sangat dalam maths hm myb dia telan formula? haha then, kawan baik diorang si aini budak paling cun dalam kelas. untunglah hang aini, kembang habis bontot hang haha. aini budak baru sekolah nie and dia masuk pada awal tahun 2012. semua budak lelaki cuba nak woo dia kot tapi dia tak layan. tengok, dia setia dekat aku sorang je haha dalam kelas aku dengan aini 'couple'. tapi kitorang bukan lesbian okay. i repeat, WE ARE NOT LESBIAN! just saja suka-suka aku panggil dia sayang bagai. jamilah serious aku tak berapa suka perangai dia yang kuat perasan tu. idk what she do for life. yana, budak nie diam je. dia duduk sebelah ain. dia dengan ain sama je dua-dua pandai lukis kartun ujang dengan anime. shazrizati si pengawas baik gila dia dan dia comel. sopan budaknyaaa, makcik-makcik or pakcik-pakcik siapa berkenan boleh buat menantu lol. afiqah pengawas macam shazri juga. suka doh suara kartun dia. cikgu masli selalu tiru suara kartun dia tu. si syuhada pula k minah nie pun layan kpop juga and dia minat bigbang. infinite pun dia layan juga and selalu juga ah aku sembang pasal infinite dengan dia. aku ada bagi dia sampul duit raya bigbang yang tahun lepas and dia seronok sangat bila dapat benda tu. aku selalu kenakan dia dengan azril haha. sampai sekarang dia pegang rahsia aku pasal si 'mimpi'. haha, dia dengan budak-budak set 1 je yang tau pasal benda nie even bestie aku pun taktau. suryati si budak baik and comel nie duduk dengan syahira and dua-dua ada ciri-ciri anak solehah dan isteri mithali. sape berkenan boleh lah masuk meminang ye :) airun si budak rajin. time nak dekat pmr tu dia banyak bantu aku dalam subjek sejarah and alhamdulillah sejarah aku dapat b. shafiza budak paling genius dalam kelas. dia pun banyak bantu aku dalam subjek-subjek yang aku lemah time nak dekat pmr dulu. first time aku kenal dia time form 1 aku ingat dia dengan airun kembar. seriously, muka diorang sama padahal diorang hanyalah kawan baik. farah hazwani budak kecik yang baik hati nie suka kot kawan dengan dia. sopan jeee and dia kawan baik airun dan shafiza. atikah aku suka bahan dia sebab dia paling rendah dalam kelas haha. sorry ikah, aku gurau je dengan hang sayanggg.

okay, gonna stop post about 3dk5 and now pasal my lovely bestieeeeee :*

start with anis cousin aku. dalam kelas dia nie tak banyak cakap tau. idkw myb sebab takde benda nak cakap? atau sengaja malas cakap. dalam kelas aku suka panggil dia myungsoo than anis. dia duduk dengan ikah pendek and selalu juga mengantuk time belajar. time ujian satu aku ingat lagi dia dapat 94 dalam science and aku rasa tercabar gila and kalau mak aku tau mesti dia akan banding-bandingkan aku dengan dia. kitorang semua terkejut gila sebab anis lebih kurang sebulan kot tak datang kelas sebab dia sibuk dengan merentas desa kebangsaan but dia boleh skor a masa exam. anis nie perangai dia memang pelik sometimes tu and susah nak bagi dia happy bila dia moody. aku takkan kacau dia kalau dia moody sebab nanti tak pasai-pasai dia tarik muka. anis nie manjaaa kadang-kadang gedik haha.

isya pula k budak gemuk nie kadang-kadang lawak kot. dia selalu bising pasal jerawat and sampai taknak turun rehat sebab jerawat baru dia. dia paling tua diantara kami but aku rasa dia macam budak-budak. dia manjaaa tapi kalau dia babbling memang lawak kot sebab laju jaa dia bina ayat 'mencarut'. haha, sebab tu lah dia selalu kena bahan dengan mail, azril and bakhtiar dalam kelas. isya nie memang ramai lelaki handsome dok woo dia tapi dia tak layan. kerja dia nie setiap petang adalah pergi merendek jee takpun tidur or online kat rumah -,- cik kak nie photogenic and peka gila terhadap camera. dia nie yang paling tua among us. something yang aku pelik pasal dia ialah everytime kitorang puji dia, mesti dia marah sebab dia ingat kitorang perli dia. waduh waduh, ini budak aneh bangat but anyway i still love her :')

faten fadzeil si budak hot bambam nie memang comelll je. walaupun dia jenis cepat terasa but dia tak kesah sangat semua tu sebab dia tahu perangai kawan-kawan dia yang tak reti cakap berlapik nie haha. dia nie memang photogenic and selalunya aku lah jadi photographer dia haha i don't care much bcs i love it ;) dia nie yang kedua tertua dalam kalangan kami tapi dia rendah. aku suka jalan dengan dia kalau nak pergi mana-mana sebab dia lebih kurang sama tinggi je dengan aku and kami berdua memang selalu kena perli dengan mail, bakhtiar and anna. dia nie pun sometimes kuat babbling juga tapi dia babbling pun untuk kebaikan. i think she is the most matured among us and i love her damn much :')

faten wanie okay dia kawan paling hebat yang aku pernah ada. dia tetap bersabar dengan kawan dia yang panas baran nie. aku memang cepat marah terhadap sesuatu benda / perkara and disebabkan dia duduk sebelah aku selalu juga aku marah dia tak tentu pasal :'( sorry sayanggg, aku tau mesti hang terasa gila kan? aku tak sengaja. tapi lepas beberapa minit je mood aku okay balik and aku sembang dengan dia macam biasa. aku selalu juga share pasal infinite dengan dia walaupun dia tak minat kpop haha. dia layan je and aku selalu tunjuk poster infinite kesayangan aku tu dekat dia and tunjuk gambar sungjong dekat dia. aku beruntung gila sebab dapat kawan yang penyabar macam dia. i love her brave side and i hope our friendship will never end :')

anna dia nie budak baru and masuk sekolah lepas cuti pertengahan tahun. dia pindah pun secara terpaksa sebab ayah dia ( polis ) yang dipindahkan ke sini. mula-mula kitorang tak berminat nak kawan dengan dia sangat sebab ingat dia annoying and tak sporting. tapi dia sendiri yang mendekatkan diri dengan kitorang and dia pun minat kpop tapi sikit jelahh. dia minat shinee and aku berebut jonghyun dengan dia haha. aku ingat lagi dia cakap sebab dia nak kawan dengan kitorang sebab dia suka perangai kitorang yang gila-gila and sekepala dengan dia. lepas beberapa bulan berkawan dengan dia k memang tak dinafikan dia nie funny gila and lebih gila dari kitorang lol. dia pandai tiru gaya sesiapa saja terutama gaya cikgu-cikgu yang mengajar. pecah perut and serabut doh kalau duduk dengan dia nie. disebabkan perangai dia macam orang gila terlepas dari hospital sakit jiwa nilah aku sayoooooooooooong dia sangat-sangat walaupun kitorang baru je berkawan dengan dia :')

act, banyak lagi aku nak tulis tapi aku rasa sampai sini je kot. penat doh menaip niee. apa-apa pun aku nak minta maaf kalau aku ada terkasar bahasa, terguris hati, termakan, terminum, tercubit, tersepak dan yang seangkatan dengannyalah. hope hangpa boleh maafkan aku and aku harap our friendship will never end walaupun kita dah berlainan kelas sekarang nie. serious aku cakap sepanjang aku hidup kelas 3dk5 lah yang bagi paling banyak impak dan kenangan for aku dan semua nie dah mengajar aku erti kehidupan. aku sayangggggggggg hangpa semua and kepada yang dah pindah tu jangan lah sombong-sombong tau. kalau ada nombor tu, contact-contact lah tapi kalau kedekut creds sangat takpayah pun takpa tapi fb or twitter ada kan? aku takkan lupakan hangpa semua sampai bila-bila wehhh :') okaylah, sebelum tu dekat bawah nie semua gambar kita tapi bukan semua lah, ada beberapa orang takde termasuklah aku, anis and yang lain.



gambar-gambar nie diambil sewaktu jamuan domino's pizza by teacher ruf. aku dengan anis takde sebab kitorang ada kat ipoh time nie for msspk track & field. okaylah that's all, bye :D

thanks for reading :)



0 Comments:

Post a Comment



Newer Post
Older Post